Jun 8 2011

Dinie @ 9 months

Berat : 7.5 kg

Dinie chan, dh 9 bulan dah.  Cepat… sangat2 cepat masa berlalu. Takpuas lagi rasanya mencium ‘bau bayi’ dinie.:P

Perkembangan terhebat :-

  1. Dah boleh jalan kenit mama ni. Tengok pun macam tak percaya…. First step dinie ms 8 bulan… 3-4 step dinie adalah 16052011… Sekarang dh boleh jalan dr ruang tamu ke dapur dah. Tapi masih lagi berselang seli dengan merangkak. Merangkak lagi laju kan… :)
  2. Pandai babai dah…
  3. Sangat suka manjakan diri sendiri.. hehehe

dinie mmg suka menempel..
Favourite dinie : dok dalam kendong mama..:)

May 27 2011

Terokai rahsia coklat bersama CHEF AMER

STOK ADALAH SANGAT2 TERHAD!!!! CEPAT ORDER SEBELUM TERLAMBAT!!!

 

Sila rujuk entry ini utk mendapatkan info ttg buku ini.

 

Seperti biasa, sila isi order form di sini utk membuat tempahan. Harga buku termasuk kos penghantaran dan kos pengendalian utk buku coklat ni adalah RM33 sahaja.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank.

No akaun : 101106057747

NORLAILA BT ISMAIL

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke lailasani@gmail.com

Terima kasih.


May 20 2011

Sani tu barney laaa..:P

Beberapa hari lepas saya ke kedai dengan damia. Adik dinie tinggalkan dgn papanya kat rumah. Sambil2 tu borak2 laaa dengan damia. Sambil2 ajar damia MAMA nama apa, PAPA nama apa. Saya tak tahulah kenapa damia sangat susah nk ingat nama MAMA n PAPA. Sejak damia pandai bercakap (nak masuk 2 tahun), saya start ajar tapi sampai sekrg damia still takleh nak ingat. Huhuhu.. Tp ajar nama adik pd hari pertama kelahiran adindanya, terus dia ingat sampai sekarang. Takpernah lupa pun walau sekali.

Ok, berbalik kepada cerita sebenar…. Sambung2 borak2 ngan damia.

MAMA : Nama mama LAILA.

DAMIA : LAILA.

MAMA : Nama papa SANI.

DAMIA : SANI…. Mama, sani tu barney laaaaaaaaaa……..

MAMA : Sani tu papa, bukan barney…. (masih cuba nak betulkan)

DAMIA : Bukan laaaaaaa…. SANI TU BARNEY LAAAAAAAAA… (siap menjerit…)

MAMA : ……………… speechless….


May 20 2011

Aiyo wordpress…

aih.. tengok gambar2 lam blog ni teruk betul… senget benget, beso laa kecik laaa… mcm2 lak jadinya. ai tak reti laa wordpress ni. huhuuhuh


May 16 2011

Tahniah IKIN AIZAD & NIZAM

Selamat pengantin baru kepada adik seofis, IKIN AIZAD…. Dah selamat menjadi permaisuri ENCIK NIZAM. Semoga kekal hingga ke akhir hayat, INSHAALLAH.

pengantin yg sangat sweet!

style jawa? hmm.. tak dapat dipastikan oleh hamba.. huhuhu

 

**sejak encik suami makin aktif ambik gambar ni, makin kurang lah saya dapat pergi ke majlis kawan2. huhuhu. kali ni hanya dapat pergi masa ikin nikah je. :(

Selepas nikah... HAPPY pengantin..:)

kami pun HAPPY jugak.. hahaha...


May 15 2011

Diet mengikut jenis darah

Dapat link dr azzamoro, diet mengikut jenis darah.

Sila cek kat sini utk sesiapa yang berminat. Sy darah O… Syok boleh tahan ni sbb boleh mkn daging.. hihihi. Tapi yg sadisnya, takleh mkn sayur n buah2an laks… hmmmm…

Diet Untuk Golongan Darah ‘O’

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


May 13 2011

Makan kan.. minum kan..

Damia… sekrg tengah belajar menggunakan perkataan ***KAN..

Mama, tolong pakaikan……

Mama, bukakkan…

Mama, ambikkan…

Mama, masukkan….

Mama, MAKANKAN…. (tolong suapkan… hehehehe.. :P )

Mama, MINUMKAN…… (tolong bagi minum.. hihihiih… :P )

Comeyl je ayat damia yang baru2 nk belajar bercakap nih….


May 12 2011

Damia @ 35 months

Damia

Dah beso dah puteri sulung mama

si kakak, dh berusia 35 bulan, makin petah bercakp, makin pandai merajuk, makin pandai mereverse psiko mamanya….

.. ni antara perbualan2 yg dpt direcall pd saat ini..


KES 1

mama : kakak, taknak main benda tu…

damia : JANGAN MAWWAH! (marah)

mama : mama tak marah mama cakap je..

damia : JANGAN MAWWAHH!!

mama : kenapa takleh marah pulak? kalau kakak buat mama marahlah….

damia : nanti kakak nangiss….

mama : ……………………………… kakak nangis papa letak kat luar….

damia : jangan letak luar, nanti mia nangiss…..

mama : …………………. (malas nk sambung…. tukar topik…)

 

 

KES 2

lakonan damia masa 32 bulan… bbrp bulan yg lepas.

 

damia : mama, mama, ujan.. ujan… nak payung…

mama bagi payung…

damia : mama mama.. ujan banyak, nk payung satu lagi…

mama bg payung satu lagi… damia dlm keadaan tangan pegang 2 payung..

damia : mama mamaaa, mia nk jatuh…

mama angkat damia…

damia : mama maaaa ujan lagii… payung tader….

mama bg payung lagi…

damia : mama mamaaaaaa mia duduk sini eh..

iye… duk diam2 yee…

damia : mama mamaaa ujan lagi…

dan scene ini berulang dan berulang… sehingga damia stop sdiri…

.. adeihh… mama layankan ajerkkk….

 

1-Setakat ni tak pernah lagi tengok damia ada kawan imaginasi. dia hanya cuma berimaginasi sendiri sorang2 je, Biasanya imaginasi dodoikan adik laaa sbb selalu tengok mama dia dodoikan adik tido. Yang lain2 macam nk makan ape, nk minum ape… kenalah minum dan makan betul2 kalau dia dh bagi tu.:)

2-Sangat sayangkan adik. Kalau mama hanya main2 marahkan adik, pasti mama kena warning. JANGAN MARAH DIA!! atau kalau mama nak gi dapur tapi adik menangis kena tinggalkan dengan mama, damia akan cakap, JANGAN TINGGAL DIA!! Berani betul kan anak2 zaman sekarang ni…. huhuhu

3-Sangat suka sebut perkataan SHEPAK (seepak=tampar). Mama tak gemar! Ni perkataan org johor selalu guna…

4-Mulut potpetpotpet tak reti diam kalau kat rumah atau dengan org yg dia kenal. Kalau jumpa org baru, senyap sunyi. Pemalu damia ni…:)

5-Makan agak memilih, makan apa yg dia suka je…. makaroni, mee, bihun… nasi kurang sikit… Kadang2 nak senang prepare apa yg dia suka je.

6-Sibuk dok cakap nk gi sekolah. Maybe sebab tengok cucu bbsitter dan anak kawan yg tinggal kat rumah bbsitter yg sama pergi sekolah. Siap cakap nk gi sekolah naik van. Tengoklah cemana nanti ye kakak. Kalau kakak dah bersedia, Inshaallah tahun depan kakak boleh gi sekolah.

**Update damia kat taska, alhamdulillah, hari ke3 hantar ke taska, damia siap boleh byebye kami nak gi kerja. LEGA… syukur kerana dipermudahkan perihal anak2….


May 12 2011

DRest –> Stress

Update increment, alhamdulillah.. ok laa.. syukur berapa pun dapat.:).. Compare2 ngan encik suami, encik soami kata sapa yg dpt lagi banyak dia kena belanja.. Tup2 dia dimakan kata2nya… hahahah… Sebab incrementnya lagi BANYAK dr saya, maka terpaksalah dia membelanja kami.:)
Konon nk try restoran baru laaa kan. Nampak mcm menarikkkk je…Tapi..
Sape2 yg jumpa restoran ni, silalah berhati2 dan fikir 10 kali dulu utk mencoba.
Kalau tgk kedai, mcm agak meyakinkan. Bila masuk pun, masih meyakinkan lagi. Tapi bila tengok MENU, terfikir nak keluar semula dari kedai. Hohohoho.. sebab banyak yang di kaler2kan hitam. NOT AVAILABLE! Pastu yg tak hitam pun DAH HABIS, walhal kami sampai ke kedai tu pkl 650 petang dan menu itu adalah menu utk MALAM. Bukan menu LUNCH @ BREAKFAST!
OK, sbb dah alang2 dah masuk dan dh tengok menu, kami pun pilihlah….
CHICKEN CHOP-2, NASI AYAM 1 utk damia.
Tetiba letrik tader…. gelap! nasib baik kedai sebelah ada lampu, so teranglah jugak sikit.
Encik soami kata, alaaa… kat2 hotel pun kan tempat makan malap2 macam ni.. kira feeling2 makan kat tempat mewah leerr kunun tu kan… tapi…
Takpe.. sabar je… Lagipun tengah lapar giler, mmg rasa nk cepat2 je dpt makanan..
Bila makanan sampai, sekali lagi agak kecewa sbb…..
Salad-kobis hiris2 dia mcm mashammm.. taktau laaa nape…
Brokoli ada sepotong, tapi brokoli mentah.. Mana ada org makan brokoli mentah weiii……!! Sengal betoi.!
Nak niaga buatlaaa cara nak niaga… Adoyaiii…. Bila saya tanya, waitress tu ckp CELUR! Budak darjah 1 pun tau brokoli tu dh dicelur ke tak…Adeih… Pening…
Sbb nak kejar maghrib, maka kami makan laaa ape yg buleh makan. Takleh banyak komplen dpn rejeki. Cuma…
utk tuan kedai,
1-Jangan laaa bukak kedai lagi kalau takde tukang masak…
2-Kedai makan jgn lorr nampak gah aje, tp mknn adalh OUT dgn harga yg ala2 gah…

Nota tangan saya : Masuk dlm kereta, saya ckp kat soami. Tempat ‘REHAT’ laa sangat!! Jawapan ES, bukan ‘REHAT’.. STRESS ade laaa….
Sangat tepat! Saya setuju!


May 11 2011

Increment : mou dokidoki shitenai no!!

Esok-Increment slip presentation….

… sudah tiada perasaan,

hilang sudah gundah gulana…

tiada sedikit pun keluh kesah memikirkan…

dokidoki ke’excited’an pun tiada….

….. sudah lebih 9 tahun menghadapi ‘keadaan’ yg sama…

usahlah mengharap apa2 keajaiban…

yg penting, syukurrrr… kerana masih ada rezeki pemberian Allah utk hambaNYA…

segala yg kita ada, segala yg kita terima.. semuanya adalah milik DIA.

syukurlah…. :)